AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025: Gwangju vs JDT [22 Oktober 2024, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gwangju FC vs Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 6:00 petang, 22 Oktober 2024 (Selasa)
Tempat: Stadium Yongin Citizen Sports Park
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Access VPN)

Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.

ACLE kali ini melibatkan 24 kelab elit di Asia yang menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM47.08 juta) untuk juara manakala naib juara turut membawa pulang AS$4,000,000 (RM18.83 juta).

JDT akan bermain lapan perlawanan, empat di tempat sendiri dan empat di gelanggang lawan dalam format liga 12 pasukan elit Asia Timur dengan lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Aksi peringkat liga yang melibatkan 8 perlawanan bagi setiap pasukan akan berlangsung dari 16-18 September 2024 hingga 17-19 Februari 2025.

Pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD200 Ribu. Sekiranya mara ke peringkat suku akhir, kelab bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD400 Ribu.

Kelab yang mara ke peringkat separuh akhir bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD600 Ribu dan pasukan juara AFC Champions League Elite secara keseluruhan bakal mendapat hadiah sebanyak USD12 Juta. Pasukan naib juara pula bakal membawa pulang USD6 Juta.