Satu hantaran video di platform TikTok tular apabila seorang individu bernama Jol Zerol berkongsi mengenai misteri sebuah pulau kecil di Pulau Pinang (Pulau Kazambo) yang didakwanya mempunyai ‘penunggu’.

Pada mulanya ramai yang rasa seram apabila mengetahui pulau yang biasa dilihat ketika menyusuri jambatan Pulau Pinang itu berpenunggu namun kemudiannya lega kerana rupa-rupanya penunggu itu merupakan 7 ekor anjing yang tinggal di situ.

Baca Juga:

@jolzerol

Pulau Kazambo tepi Jambatan Pulau Pinang ini berpenunggu. Penunggu dari jumlahnya 2 ekor kini menjadi 7 ekor. #jambatanpulaupinang #penang #fypシ

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Berdasarkan komen daripada netizen, ramai yang tertanya-tanya selain 7 ekor anjing yang ‘menjaga’ pulau tersebut, apa lagi yang ada di pulau itu dan ramai yang teringin untuk ke pulau tersebut. Jol Kerol kemudiannya menjawab segala persoalan daripada netizen dalam video bahagian kedua.

@jolzerol

Replying to @sha977777777 Merungkai MISTERI Pulau Kazambo Tepi Jambatan Penang Menjawab persoalan apa yang ada di pulau ini. #penang #hiddengems #fypシ

♬ original sound – Jol Zerol 👾 – Jol Zerol 🟦🌴🟨

“Pulau ini cantik, berpasir, berlumpur sikit tapi bukan lumpur yang kotor, lumpur yang bersih. Termasuklah pemandangannya yang cantik,” jelasnya di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, pulau tersebut kaya dengan hidupan marin jadi kerajaan negeri berminat untuk jadikan sebagai marine sanctuary. Banyak hidupan laut yang rare boleh ditemui di sini dan ada antaranya boleh dimakan jika ditangkap di laut.

“Ada nelayan cakap, kalau buat masakan goreng kunyit, sambal, kicap sangat sedap tapi saya tidak tahu juga sebab tidak pernah makan,” ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mahu pergi melawat pulau itu, tidak ada bot khas yang disediakan. Jadi pengunjung perlu pakai bot sendiri untuk pergi ke sana.

Sementara itu, Jol Kerol turut berpesan jangan buang sampah merata-rata, jaga kebersihan dan jaga alam sekitar jika sesiapa yang berjaya datang ke Pulau Kazambo.

Kini terjawab sudah persoalan tentang ‘misteri’ pulau ini. Tidak ada apa-apa yang menyeramkan dan jika anda ke Pulau Pinang, mungkin pulau ini boleh jadi lokasi menarik untuk anda lawati.