Memang tidak dinafikan, sebenarnya masih ada banyak lagi kawasan tanah yang dijual pada harga mampu milik di luar sana. Selain wang, anda juga perlu menyiapkan mental dan fizikal seperti saudara ini jika mahu mendiami kawasan yang belum dibangunkan lagi.

Menerusi TikTok @azmiambak07, dia berkongsi babak setiap hari mengharungi laluan ke rumahnya yang terletak jauh nun di dalam hutan terpencil di Ulu Jelebu.

Baca Juga:

Dengan suasana hening malam, dia memandu kereta 4X4 dengan tenang menempuhi jalan semak belukar sambil ditemani lampu hadapan yang menyinari laluan.

Keadaan sekeliling hanya dipenuhi pokok getah tanpa sebarang infrastruktur lampu jalan dek mungkin kerana tiada penghuni yang ramai di situ.

Dia lalu mengajak orang ramai yang mungkin berminat untuk beli tanah bersebelahan kerana sudah disenaraikan untuk dijual. Malah, kalau boleh dia mahu lebih ramai orang mendiami kawasan itu sekaligus menjadi perkampungan baharu hendaknya.

“Korang tak nak jadi jiran aku ke marilah beli tanah kiri kanan ni semua nak jual. Kita buat kampung baru Jelebu”, luahnya.

Selepas seminit berlalu, akhirnya kelihatan rupa rumahnya yang penuh dengan lampu ‘lip lap’ yang cukup meriah.

@azmiambak07

♬ original sound – 𝙉𝙞𝙘𝙠𝙋𝙞𝙘𝙠𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘𝙠 – 𝙉𝙞𝙘𝙠𝙋𝙞𝙘𝙠𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘𝙠

Ajakan lelaki itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen kerana lebih ramai meluahkan rasa takut untuk tinggal di kawasan yang belum diterokai sepenuhnya lebih-lebih lagi apabila terletak di tengah hutan dan tidak tersedia infratstruktur asas seperti lampu jalan.

Selain takut dengan hantu, ramai akui terdapat kebimbangan tentang haiwan liar seperti harimau, monyet atau gajah yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa mereka.

Ada turut berseloroh mereka tidak akan keluar rumah lagi sebaik malam menjelma kerana sudah gelap dan terlalu jauh untuk keluar.

Sementara ada yang juga menunjukkan minat untuk membeli tanah di situ dengan bertanya harga terlebih dahulu. Bagi mereka, mungkin lebih selesa duduk dekat dengan alam semula jadi dan tenang dari segala kesibukan di kotaraya.