Sejak tahun lalu lagi, sudah dilaporkan tentang kenaikan harga insuran premium perubatan sekitar 40% sehingga 70% pada 2025 ini.

Susulan itu, ramailah para pencarum yang bising apabila medical card mula menaikkan caj bulanan yang agak ketara mengikut pelan masing-masing.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Bagaimanapun, seorang ejen insuran telah berkongsi pendapatnya berhubung kenaikkan harga caruman bulanan untuk kad perubatan yang diambil oleh individu.

medical card
Sumber Gambar: Threads

Bagi dirinya, setakat kenaikkan sekitar RM30 bukanlah sesuatu yang besar jika nak dibandingkan dengan caj bil perubatan di hospital yang semakin mahal.

Hal ini kerana salah seorang kliennya yang mengalami kemalangan motor pada minggu lalu telah dimasukkan di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan bil keseluruhan rawatan yang dicaj oleh hospital berkenaan mencecah RM70,000.

Oleh itu, dia menegaskan agak mustahil seseorang individu mampu mengeluarkan wang saku sendiri dalam jumlah yang cukup besar untuk membayar bil perubatan jika berlaku sesuatu kemalangan.

RM30 tu sedikit sangat berbanding bayar secara tunai RM70,000 dekat hospital,” ujarnya lagi.

Malah, dia merasa tidak wajar buat seseorang untuk menamatkan caruman polisi yang sedia ada dek hanya kerana kenaikkan RM30 kalau nak dibandingkan dengan kos bil hospital yang pasti akan melambung.

Hantaran ejen insurans tersebut langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Threads.

Ada yang bersetuju dengan kenyataan lelaki itu, sementara yang lain percaya pihak hospital yang dipersalahkan kerana mengenakan caj yang tidak masuk akal lebih-lebih lagi selepas mengetahui seseorang mempunyai kad perubatan.

Seorang netizen yang juga mendakwa dirinya seorang pelanggan yang memilik kad perubatan takaful dan hibah berkata dia berlapang dada untuk membayar lebih jika mendapat penerangan yang bagus daripada ejen takaful itu sendiri.