Di dalam fasa kehidupan kita, akan sampai pada satu masa meneui seorang rakan yang akan menyertai profesion dalam bidang jualan yang akan tampak gah di media sosial namun realitinya indah khabar dari rupa sahaja.

Inilah kisah yang dialami sendiri oleh seorang individu tempatan yang mana baru sahaja menyertai menceburi industri insurans dan kini berdepan krisis kewangan yang serius.

Dipaksa leader untuk beli kereta mewah

Dakwanya, dia telah dipaksa oleh ketua pasukannya untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz terpakai berharga RM120,000 namun sudah tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan kereta berkenaan.

Memetik Weirdkaya, perkongsian tanpa nama di halaman Facebook “暴走员工 Boom Go Employee, menceritakan rakan universiti lelaki tersebut baru mula menceburi bidang jualan insurans pada hujung tahun lalu.

Baru sertai pada tahun lalu

“Dia mula sertai industri insurans pada Disember. Syukurlah, dia tak cuba rekrut saya atau jual apa-apa kepada saya. Dari apa yang saya nampak, dia asyiklah pergi latihan dan acara syarikat — nampak macam dia buat cukup baik,” menurut perkongsian itu,” kongsi penulis terbabit.

'Leader' Paksa Beli Kereta RM120,000, Ejen Insurans Ini Pening Kepala Nak Bayar Penyelenggaraan
Sumber Gambar: Xdrivecars

Namun begitu, selepas hanya tiga bulan bekerja, rakannya itu dilaporkan telah diberitahu oleh ketua pasukannya bahawa dia perlu menaik taraf kenderaannya kepada kereta yang lebih “sesuai” atau “kemas” memandangkan dia akan kerap bertemu pelanggan.

Susulan terima desakan hebat, lelaki itu memutuskan untuk membeli sebuah Mercedes-Benz C200 terpakai, berharga RM120,000, walaupun gajinya hanya sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Dalam bidang jualan, mereka sering didoktorin pemikiran bahawa kereta yang anda pandu sama dengan reputasi anda. Lagi mahal kereta, lagi banyak klien akan hormat anda.”

kereta mewah
Sumber Gambar: FB

Penulis hantaran itu menambah, rakannya baru-baru ini ajak berjumpa untuk berbual kosong, namun rupa-rupanya dia sebenarnya ingin meminjam duit bagi menampung kos penyelenggaraan servis kereta.

Kisah ini sepantas kilat tular di media sosial yang mana mencetuskan perbincangan hangat. Netizen mengkritik keputusan lelaki itu, dengan mengatakan dia telah mencari masalah sendiri kerana mendahulukan imej berbanding realiti kewangan peribadi.