Aventador merupakan salah satu masterpiece kereta mewah direka oleh Lamborghini yang menjadi kereta idaman oleh ramai orang di seluruh dunia. Walaupun kereta tersebut sudah berusia 10 tahun, rekaan kereta tersebut masih ikonik dan masih nampak bentuk kereta tersebut ‘futuristik’ dari masa hadapan.
Sekiranya ada mempunyai sebuah kereta Aventador di tempat letak kereta rumah anda, pasti anda akan tersenyum setiap kali anda melihat kereta tersebut. Tetapi berbeza pula dengan pemain bola sepak yang berusia 34 tahun dari Argentina ini, Sergio Aguero rasa menyesal memiliki kereta tersebut.
Dalam satu rancangan television Santo Sabado, beliau meluahkan rasa penyesalannya memiliki sebuah Aventador yang berharga RM1.98 juta kerana beliau jarang memandunya sepanjang 6 tahun memilikinya.
“Saya tidak tahu mengapa saya membeli Lamborghini. Dalam 6 tahun, saya hanya memandunya sejauh 1,200km sahaja. Selama 2 tahun saya berfikir kenapa saya membeli kereta itu. Ia cuma tersadai ‘kesejukan’ terkena hujan dan dipenuhi sarang labah-labah,” kata Sergio Aguero, pemain bola sepak untuk kelab Manchester City.
Beliau telah membeli Aventador tersebut pada tahun 2014 dan membawa kereta tersebut ke kedai milik Yiannimize (seorang usahawan pusat kecantikan kereta) untuk membalut kereta tersebut dengan warna black satin dan rim tayar yang dibalut dengan kemasan berwarna oren untuk dipadankan dengan bahagian dalam kabin kereta miliknya.
Jika anda sendiri memiliki sebuah kereta mewah, adakah anda akan menyesal dengan pembelian kereta mewah tersebut pada masa akan datang?
Lihat keadaan Ferrari milik pemain bola sepak Itali yang ranap apabila kereta tersebut dipandu oleh pekerja car wash melalui pautan di bawah.
Ferrari Milik Pemain Bola Sepak Itali Ranap Di Tangan Pekerja ‘Car Wash’
Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal
Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700