Inter Miami dikatakan berusaha untuk membawa masuk Cristiano Ronaldo untuk membantu kelab tersebut dalam menghadapi Piala Dunia Kelab FIFA 2025.

Satu langkah yang jelas mencuri tumpuan ramai kerana sekiranya ia menjadi kenyataan, dunia bola sepak akan dapat melihat penyatuan dua seteru utama Ronaldo dan Messi.

Baca Juga:

Kontrak Ronaldo bersama Al-Nassr akan berakhir pada penghujung musim ini dan pemenang lima kali Ballon d’Or itu masih belum memutuskan untuk terus kekal di sana.

Walaupun sekiranya Ronaldo memilih untuk kekal di Arab Saudi, Inter Miami yang dimiliki pemilik bersama iaitu David Beckham berhasrat menandatangani kontrak bintang Portugal itu hanya untuk jangka masa pendek.

Lebih tepat lagi khidmatnya hanya ditagih untuk menghadapi Piala Dunia Kelab FIFA yang dijadualkan bermula pada 15 Jun nanti di Amerika Syarikat.

Cadangan untuk mendapatkan khidmat pemain itu disahkan menerusi perkembangan terkini yang disahkan sumber laporan Goal.

Walaupun masih belum ada perkembangan positif yang konkrit mengenai usaha tersebut, Inter Miami dikatakan terbuka untuk menjadikan dua bintang dunia itu berada dalam satu pasukan.

Malah, pemain skuad kebangsaan Portugal itu juga dikatakan berminat untuk menyertai kejohanan berprestij dengan format yang julung kalinya diperkenalkan dimana ia melibatkan kehadiran 32 pasukan.

Inter Miami turut mendapat jemputan istimewa untuk turut sama bersaing bagi merebut kejuaraan.

Seperti diketahui, Ronaldo dan Messi tidak pernah bergandingan bersama dalam satu pasukan tetapi sudah 36 kali berentap sesama sendiri terutamanya ketika perseteruan El Clasico di puncak kegemilangan karier mereka.

 

Sumber