Tesla beroperasi di Malaysia merupakan salah satu berita yang agak mengejutkan ramai. Mana tidaknya, dalam diam-diam sahaja pihak kerajaan mengumumkan syarikat di bawah kendalian Elon Musk itu menjadi syarikat kereta EV pertama dimudahkan cara melalui inisiatif BEV Global Leaders.

Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu pertemuan di antara beliau dengan Elon Musk akan diadakan pada minggu hadapan bagi tujuan rundingan pelaburan.

Baca Juga:

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia,” kata Anwar Ibrahim ringkas.

Rundingan itu dijangka dapat mengukuhkan dan mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Anwar memberitahu, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelaburan domestik dan asing.

Terdahulu Tesla Malaysia telah mengadakan walk-in interview di Cyberjaya sehingga mendapat sambutan mengalakkan.

Sumber