Untuk membuat persembahan di tempat awam, warga tempatan diwajibkan mendapat permit dari pihak berkuasa. Bagaimanapun, pelancong asing dilihat sangat berani melakukan apa sahaja seperti tiada undang-undang pula apabila berada di negara orang.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang menarik perhatian netizen tempatan apabila memperlihatkan dua wanita yang dipercayai warga asing sedang busking di tengah-tengah ibut kota.
Apa yang membuatkan orang ramai tidak senang adalah bagaimana warga asing dengan mudahnya boleh melakukan busking untuk meraih sumbangan di tempat awam.
Menurut pemilik video, jika warga tempatan ingin melakukan busking di tempat awam, mereka sudah semestinya perlu mendapatkan permit tetapi berbeza pula layanan buat pelancong asing yang dilihat boleh sesuka hati membuat persembahan tanpa sebarang permit.
“Pelancong asing busking depan Mynews Bukit Bintang, warga tempatan kena mohon permit baru boleh busking, macam mana nak kira ni?” katanya.
@azmi.atan4 ♬ original sound – azmi atan ( atok belon) – azmi atan ( atok belon)
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sama meluahkan rasa bengang di samping mempertikaikan bagaimana pelaksanaan undang-undang hanya tertakluk kepada warga tempatan di mana sudah pasti barangan mereka akan disita dan diberkas oleh pihak berkuasa serta-merta.
Ramai berharap pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit kerana tidak mahu ia menjadi ikutan oleh pelancong lain pula.