Peristiwa menggemparkan berlaku di kawasan sempadan selatan Thailand apabila siri letupan bom dilaporkan menggoncang beberapa lokasi utama di Yala, Pattani dan Narathiwat pada waktu malam. Impak dentuman berkenaan amat dahsyat sehingga bunyi dan gegarannya jelas dirasai oleh penduduk tempatan di sebelah Malaysia.
“Bunyinya memang cukup kuat dan mengejutkan, sampai bergegar tingkap rumah kami malam tadi,” kata seorang penduduk di Rantau Panjang. Bunyi letupan itu bukan sahaja memecah kesunyian malam di kawasan Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, malah turut didengari hingga ke daerah Pasir Mas.
Peringatan Mesra Wisma Putra Buat Rakyat Malaysia
Susulan insiden keselamatan ini, Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra menasihatkan seluruh rakyat Malaysia yang menetap, melancong atau berhasrat untuk berulang-alik di wilayah berkenaan supaya kekal peka dan ekstra berwaspada.
Pihak berkuasa tempatan di Thailand telah memperketat kawalan keselamatan di seluruh kawasan terjejas serta melaksana perintah berkurung sementara demi ketenteraman awam.
Oleh itu, warganegara kita dimohon untuk memberikan kerjasama penuh dengan mematuhi setiap arahan keselamatan dan undang-undang yang dikuatkuasakan di sana.
Boleh lihat video terkini yang dikongsikan oleh warga Thailand:-
🇹🇠#Thailand: Members of the BRN insurgent group robbed and set fire to a 7-Eleven store in Bang Pu, Ya Haring District, Pattani Province.
Residents can be seen fleeing as armed BRN members are shooting in the air before the store was set ablaze.
The BRN is a Malay-Muslim… pic.twitter.com/iVyR7AaJUs
— POPULAR FRONT (@PopularFront_) August 22, 2026
#Thailand : Barisan Revolusi Nasional (BRN), a Malay Islamist separatist group operating in southern Thailand and northern Malaysia, carried out a wave of attacks across Narathiwat, Pattani and Yala, with 51 incidents involving explosions, shootings and arson.#Shooting #Killing pic.twitter.com/pl5haJ0CCt
— SilentFrame (@SilentFrameM) August 23, 2026
Keadaan Warganegara Dan Langkah Keselamatan
Setakat ini, khabar baiknya ialah tiada sebarang laporan mengenai warganegara Malaysia yang terjejas atau cedera akibat siri letupan tersebut. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa.
Bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, semua rakyat Malaysia yang berada di Thailand amat digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di pautan https://ekonsular.kln.gov.my.
Saluran Bantuan Dan Talian Kecemasan
Sekiranya anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan konsular dengan kadar segera, sila simpan maklumat perhubungan penting ini. Bagi urusan di Bangkok, Kedutaan Besar Malaysia boleh dihubungi menerusi talian +66 2 340 5720 atau emel rasmi [email protected].
Manakala untuk kawasan terdekat di selatan Thailand, anda boleh terus menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian kecemasan +(6674) 316 274 atau +(6681) 990 1930. Keselamatan diri sentiasa menjadi keutamaan, jadi pastikan anda kekal tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan maklumat sahih.