Sebelum ini muncul dakwaan bahawa pelawak dan pengacara, Shuk Sahar telah berkahwin buat kali kedua selepas penceraiannya bersama Rossa Sera.

Susulan itu, Shuk akhirnya mengakui bahawa dirinya sudah berkahwin buat kali kedua pada November lalu menerusi satu sesi podcast OKLETSGO.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@okletsgo.sg

Selamat Pengantin Baru @shuksahar ❤️💛💚 Podcast penuh di Spotify ➡️ OKLETSGO #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #gempakviral #berita #fypシ #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

“Sejujurnya, apa yang dikeluar mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

“Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga saya tahu malah rakan-rakan rapat pun tahu.

“Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka.” ujar Shuk.

Tambahnya, dia kini kurang gemar untuk menceritakan tentang kehidupan peribadi kepada umum menerusi media sosial kerana bimbang ada segelintir pihak akan menyalahtafsirkan kenyataan yang dibuatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Shuk dan mendoakan kebahagiaannya dalam perkahwinan kedua ini.