Setiap kali perang di antara Palestin dan Israel berlangsung, pasti kita akan dihidangkan dengan berita mengenai gesaan boikot oleh kumpulan yang menyokong pembebasan Palestin.

Di Malaysia contohnya, kita sudah terbiasa dengan gerakan ini dan antara jenama yang selalunya mendapat tempias gerakan boikot ini adalah Mcdonald’s atau minuman coca cola – seolah-olah rakyat Malaysia ini hanya kenal Israel daripada botal coca cola dan kotak Mc’Donalds sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Al Jazeera, gerakan boikot ini berpotensi menjana kerugian sehingga AS$ 11.5 bilion setahun bagi Israel. Namun persoalannya, adakah gerakan ini benar-benar berkesan kepada Israel?

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS), Brookings Institution, menyatakan bahawa gerakan boikot ini tidak akan menjejaskan ekonomi Israel secara drastik.

Ini kerana kira-kira 40 peratus daripada eksport Israel adalah barangan “perantaraan” atau produk tersembunyi yang digunakan dalam proses pengeluaran barangan di tempat lain, seperti semikonduktor.

Selain itu, kira-kira 50 peratus daripada eksport Israel adalah “pembezaan” atau barangan tidak boleh diganti seperti cip komputer khusus.

Bagaimanapun, data Bank Dunia menunjukkan eksport barangan “perantaraan” mengalami penurunan mendadak dari 2014 hingga 2016, mengakibatkan kerugian sekitar AS$6 bilion.

Bagaimanapun, dari sudut pandang Israel dan menerusi laporan The Jerusalem Post, gerakan boikot ini sebenarnya tidak akan memberi kesan yang besar kepada Israel. Malah, gerakan ini hanya akan “meningkatkan penderitaan rakyat Palestin,”.

Tambahnya lagi, gerakan boikot ini sia-sia kerana jika seseorang atau syarikat kerap diserang atau difitnah. Mereka akan membina lebih banyak pertahanan ekonomi untuk kesan pada masa hadapan.

“Daripada mengakui kesilapan, pihak yang dipersalahkan malah melaburkan sumber daya untuk membela diri atau menuntut balas,” tulis The Jerusalem Post.

“Pengalaman penganiayaan yang lama telah menjadikan Israel lebih terlatih dan lebih mampu untuk mencegah serangan (boikot) sebegitu,” sambung artikel itu.