Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim akui sudah maklum tentang isu melibatkan Anugerah Perdana Belia Negara atau APBN Peringkat Kebangsaan 2023.

Di mana anak kepada arwah Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz meluahkan kekecewaannya kerana merasakan anugerah yang sepatutnya miliknya telah ditarik pada saat akhir.

APBN tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli.

Zhiddin dengan tangisan meluahkan kekecewaannya berkata dia dimaklumkan tentang pembatalan anugerah itu namun tidak mendapat sebarang penjelasan daripadanya.

Zhiddin mendakwa penganjur membatalkan anugerah iurang 24 jam, sedangkan dia sudah membuat persiapan yang akan memakan kos terutama sekali busana yang menelan ribuan ringgit. Zhiddin merasakan bahawa maruahnya tercalar.

Zhiddin menegaskan bahawa dia adalah pemenang untuk kategori yang dia tercalon. Malangnya dia terpaksa akur.

Pihak APBN menerusi sekretariatnya pula menyatakkan bahawa jawatankuasa mereka telah sebulat suara mengundi bahawa tiada pemenang untuk 2 kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.

Alasannya adalah, tiada calon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Seterusnya APBN menyatakan bahawa pemenang anugerah hanya akan diumumkan pada malam anugerah dan tiada siapa pun calon akan tahu siapa yang akan menang.

Zhiddin kecewa apabila dia seolah olah syok sendiri mengetahui bahawa dia adalah pemenang. Lantas dia memuat naik satu video menjelaskan bukti bahawa dia sudah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa dia adalah pemenang.

Sambil menyindir adakah pihak penganjur ada staf yang tidak pandai simpan rahsia?

Zhiddin menyatakan bahawa pihak penganjur ada memaklumkan menerusi email sama ada calon calon ini berjaya atau tak. Dan hanya dia seorang yang mendapat email menyatakan dia berjaya serta diminta menghantar gambar pada resolusi tiunggi.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Adam Adli kemudian mahu mengatur satu pertemuan dengan Zhiddin berhubung dengan perkara itu.

Adam Adli berkata: “Kami faham perasaan dan mungkin ketidakpuasan hati Zhiddin berkait isu tempoh hari. Beliau bebas untuk luahkan perasaan menerusi medium pilihannya.”

“Zhiddin ada potensi yang baik sebagai contoh buat golongan belia. Banyak ruang yang tersedia buat beliau; malah beliau sendiri berhasil cipta ruang sendiri.”

“Memandangkan terlalu banyak perkara yang berbentuk spekulasi timbul sehingga mengheret banyak pihak, saya kira adalah baik agar pertemuan diadakan untuk rungkai isu ini secara baik.”

“Saya sudah minta pejabat untuk hubungi Zhiddin dan segera aturkan pertemuan antara kami dalam minggu akan datang ini. Looking forward.”