Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli memberikan penjelasan beliau tentang kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang sedang berlaku pada ketika ini.

Ringgit Malaysia berdepan dengan kejatuhan nilai berbanding dengan matawang dollar AS.

Baca Juga:

Membuatkan ramai yang menggesa agar kerajaan mengambil langkah pro aktif berkaitan dengan masalah ini.

Adam Adli ditemui oleh wartawan tentang kegusaran dan kebimbangan golongan belia ke atas nilai ringgit yang sedang susut.

Adam berkata: “Berkenaan nilai ringgit, beberapa hari lepas memang kita ada diberikan taklimat oleh Kementerian Kewangan dan juga BNM untuk kita lihat balik tentang apa yang sedang berlaku.

“Jatuh dan naik ringgit ini adalah isu serantau, bukannya hanya negara kita.

“Saya berpendapat kerajaan sudah pun berada di landasan yang tepat.”

Adam yakin kerajaan sudah mengambil beberapa langkah yang sangat baik dalam memperkasakan semula nilai ringgit secara global.

Ini termasuk National Energy Transition Plan (NETR) dan beberapa langkah lain yang menurut Adam Adli langkah yang sangat besar diambil kerajaan dalam memulihkan nilai Ringgit Malaysia.

Adam Adli menambah: “Itu antara langkah yang saya rasa akan menjadi pemangkin besar dalam usaha kita nak mengembalikan kekuatan ringgit Malaysia.”

Selain itu Adam Adli mendedahkan bahawa, ringgit sudah turun sejak 2015 lagi, di bawah kerajaan lama.

“Ringgit turun sejak 2015 lagi, sehingga ke hari ini, kita tak nampak lagi kenaikan yang signifikan. Dia stabil macam tu sahaja, turun naik turun naik tanpa ada lonjakan yang signifikan berbanding sebelum ini,” tegas Adam Adli lagi.

@3sixtynews

Penjelasan Adam Adli berkenaan kejatuhan nilai Ringgit #AdamAdli #RinggitMalaysia #3sixtynews #Berita #News #fyp

♬ original sound – 3 Sixty News – 3 Sixty News