Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan adik kepada ‘orang besi’ yang pernah mengegarkan Liga Malaysia, Dickson Nwakaeme iaitu Anthony Nwakaemi tiada dalam senarai pemain Sri Pahang musim ini.
Khabar angin mengenai kemasukan Anthony ke skuad tok gajah timbul apabila Dickson menyatakan beliau dalam proses untuk membawa adiknya ke Pahang menerusi kenyataan di laman Instagram.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
“Bersama adik saya, kami akan membawa TN9 ke Pahang,” tulisnya di ruang kapsyen dengan gambar Anthony bersama seorang individu dipercayai anak kepada pemilik Sri Pahang.
Bagaimanapun, Suffian menjelaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang khabar angin itu dan kekal menggunakan khidmat 6 pemain import.
“Saya dan Datuk (Dollah) termasuk ketua jurulatih, Fandi Ahmad tidak tahu menahu khabar angin yang menyatakan bahawa adik Dickson (Anthony) akan menyertai Sri Pahang.
“Setakat ini, kita (SPFC) membuat keputusan hanya enam import yang diperkenalkan pada majlis pelancaran jersi Sri Pahang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.
“Kita mengharapkan barisan 25 pemain, termasuk enam import dapat membantu Sri Pahang mencatat pencapaian terbaik terutama menamatkan aingan Liga Super di kedudukan tiga teratas,” katanya dipetik dalam Arena Metro.
Berdasarkan Transfermarkt, kontrak Anthony bersama kelabnya dari Arab Saudi, Al Fayha akan tamat pada 30 Jun 2024 dan memiliki nilai pasaran sebanyak 2 juta euro.
Andai perpindahan ke Sri Pahang menjadi kenyataan, Anthony bakal menjadi pemain ketiga termahal Liga Malaysia selepas dua pemain import JDT, Jalil Elias (3 juta euro) dan Chico Geraldes (2.5 juta euro).
Angka itu di luar kemampuan Sri Pahang dan tidak sempat didaftarkan sebagai pemain baharu sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2024-2025 iaitu 3 Mei 2024.