Aeon Bank (M) Bhd dan telah menerima kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan kementerian kewangan (MOF) untuk memulakan operasi sebagai bank digital, berkuat kuasa pada 15 Januari ini, petik Free Malaysia Today.

Aeon Bank merupakan 50% syarikat bersekutu Aeon Credit Service (M) Bhd, yang juga anak syarikat Aeon Financial Service Co Ltd.

Baca Juga:

“Ini meletakkan Aeon Bank sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia, dan kelulusan itu diberikan menurut pengesahan BNM mengenai kesediaan operasi bank itu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Aeon Bank, Raja Teh Maimunah berkata sebagai sebahagian daripada jenama isi rumah runcit yang paling diiktiraf di Malaysia.

Aeon Bank menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian perbankan digital yang boleh diakses, inklusif dan patuh syariah kepada kumpulan pelanggan Aeonnya serta kepada semua rakyat Malaysia.

“Untuk pelancaran digital, Aeon Bank merancang untuk melakukan pelancaran berperingkat aplikasi terbaharunya, bermula dengan fasa ujian beta eksklusif dengan pekerja syarikat terlebih dahulu.

Aeon Bank menyasarkan untuk memperkenalkan pelancarannya secara berperingkat pada separuh pertama tahun ini,” kata Raja Teh.

Selain Aeon Bank, Boost Bank Bhd turut menerima kelulusan yang sama daripada MOF.

Boost Bank dimiliki oleh Konsortium Bank Digital Boost-RHB, di mana Boost Holdings Sdn Bhd memegang 60% ekuiti dan RHB Bank Bhd memiliki baki 40%.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, RHB Bank berkata konsortium itu menerima kelulusan kawal selia sebelum garis masa yang dijadualkan, berikutan semakan kesediaan operasi menyeluruh yang disahkan oleh BNM.

RHB Bank dan Boost hendaklah menyediakan dana yang mencukupi berkadar dengan pegangan sahamnya dalam Boost Bank.

“Ini bagi memastikan Boost Bank mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi semua baki obligasi dan liabiliti yang perlu dibayar, termasuk deposit pelanggan, sekiranya Boost Bank ditutup,” jelas RHB Bank.