Aerodyne merupakan salah satu syarikat tempatan yang menfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan dron. Malah, syarikat ini sudah menerima sejumlah anugerah bertaraf antarabangsa di samping menjadi pemain utama di dalam industri ini.

Terbaru, syarikat dron yang berpusat di Cyberjaya ini dalam usaha untuk meraih dana antara sekitar $150 juta (~RM664 juta) ke $200 juta (~RM885 juta) pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Aerodyne dikatakan sedang meraih dana ini pada nilai lebih $1 bilion (~RM4.4 bilion). Dengan ini, mereka layak menerima status ‘unicorn’ apabila berjaya mencapai penilaian RM1 bilion buat syartikat startup.

Sebelum ini, Aerodyne juga telah mencapai status penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia. Aerodyne sedia menguruskan lebih 560,000 aset infrastruktur, termasuk melakukan penilaian terhadap lebih 380,000 infrastruktur bekalan kuasa di 35 buah negara.

Perkhidmatan Aerodyne juga digunakan rentas pelbagai industri, termasuk digunakan agensi kerajaan tempatan dalam pelbagai usaha, termasuk ketika pengurusan banjir.

Di samping itu, syarikat Aerodyne juga menyasarkan penyenaraian awam atau IPO seawal 2024 kelak. Dengan berstatus ‘unicorn’ ini, sudah semestinya syarikat ini bakal menarik lebih banyak pelabur dan pemain industri untuk berkerjasama dengan mereka.

Sumber