Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal dilantik sebagai ketua pasukan skuad kebangsana yang akan beraksi dalam saingan AFC B-23 Tahun Tahun di Qatar.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dimana selain Mukhairi Ajmal, dua lagi pemain iaitu Harith Haiqal dan Ubaidullab Shamsul turut berada dalam senarai kapten pasukan negara.
Baca Juga:
- Semua Perlawanan AFC B-23 Tahun Akan Gunakan VAR
- Nasrullo Kabirov Terima Ancaman Bunuh
- Piala Asia B-23: Kalah Kepada Qatar, Indonesia Hantar Surat Protes Kepada AFC
Mukhairi Ajmal bakal galas tanggungjawab selaku kapten Malaysia di kempen Piala Asia B23 Qatar 2024.
Selain Mukhairi, tonggak pertahanan Harith Haiqal & Ubaidullah Shamsul turut diletakkan dalam senarai kapten yang bakal bawa cabaran Malaysia kali ini.@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 16, 2024
Pasukan negara akan membuka tirai kumpulan D dengan menentang Uzbekistan hari ini dan Harith mempunyai misi peribadi iaitu mahu meraih satu mata pada perlawanan pembukaan bagi memastikan pasukan negara berada dalam keadaan terbaik.
Menurut pengendali pasukan, Juan Torres Garrido, persiapan pasukan menjelang saingan edisi kali ini dianggap baik meskipun berdepan dengan masalah kekangan masa.
“Kami gembira berada di sini. Kami berharap untuk menambah baik keputusan pada saingan yang lepas tetapi perlu diingat bahawa pertama sekali kami harus berbangga mewakili negara kami.
“Persediaan kami adalah baik walaupun dalam tempoh yang singkat. Kami teruja untuk menghadapi pasukan seperti Uzbekistan.
“Pemain mahu bermain dalam pertandingan ini dan ia memberi motivasi untuk menentang pasukan seperti Uzbekistan.
“Kami tahu kami akan menentang salah satu pasukan pilihan yang mempunyai skuad yang sangat bagus. Kami tahu kami mesti berada pada tahap terbaik untuk bersaing menentang Uzbekistan,” kata Torres.
Apa yang pasti, para pemain perlu lebih berhati-hati khususnya ketika permainan sedang berlangsung selepas apa yang berlaku ketika perlawanan pembukaan antara Qatar menentang Indonesia.
Pengadil perlawanan, Nasrullo Kabirov melayangkan dua kad merah kepada pemain Indonesia yang dianggap tidak sepatutnya sekaligus menjejaskan perlawanan.
Selepas Uzbekistan, Malaysia akan menentang Vietnam pada 20 April sebelum menamatkan perlawanan Kumpulan D menentang Kuwait pada 23 April.
Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.