Skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) muncul juara Kumpulan C Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 apabila mengikat Thailand 1-1 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya hari ini.
Ketika perlawanan tersebut, Thailand terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 4 menerusi rembatan Caelan Ryan selepas menghukum kelekaan benteng pertahanan Malaysia.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun ia tidak mematahkan semangat skuad muda negara untuk bangkit mengandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Malaysia memperoleh jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh G.Pavithran selepas 3 minit separuh masa kedua bermula.
Thailand berusaha mencari jaringan kedua namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Malaysia yang beraksi dengan lebih berdisiplin.
Malah, tiang dan palang gol turut menjadi penyelamat negara apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya jentera serangan Thailand.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menobatkan skuad negara sebagai juara kumpulan selepas mengutip 7 mata dalam 3 perlawanan yang diharungi.
✨ ASEAN U19 BOYS CHAMPIONSHIP 2024 | Group C
FT: Thailand 🇹🇭 1️⃣ – 1️⃣ 🇲🇾 Malaysia#AFF #AFFU19 pic.twitter.com/eU2SXwv5MN
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 25, 2024
Sebelum ini, Malaysia berpesta gol membelasah Brunei 11-0 dan kemudian menewaskan Singapura 5-0.
Keputusan tersebut bermakna pasukan kendalian Juan Torres Garido itu akan bertemu tuan rumah, Indonesia di peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 27 Julai ini.
Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pasukan Australia menentang Thailand. Pemenang di peringkat separuh akhir akan bertemu di final pada 29 Julai.