Pelakon dan juga modelling sensasi Afifah Nasir mengakui bahawa dia seorang yang sangat cerewet dalam memilih atau cari lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

Dipetik dari lama Kosmo Online, Afifah menyatakan bahawa lelaki idamannya haruslah kacak dan memiliki ilmu agama yang sangat tinggi untuk membimbing dirinya sebagai seorang wanita.

Baca Juga:

Mengakui mustahil mendapat lelaki yang sempurna, Afifah tetap cuba sedaya upaya cari yang terbaik.

Dia juga menambah: “Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, intelektual, tak minum arak dan tahu banyak tentang agama Islam dan sebagainya.”

Afifah menegaskan lagi bahawa hanya 10 peratus lelaki yang seperti itu dan susah untuk ditemui.

Sumber yang sama menyatakan bahawa Afifah sebelum ini pernah mendedahkan wajah teman lelakinya. Namun dia sangat menjaga privasi hubungan mereka.

Afifah meningatkan lelaki di luar sana agar sentiasa memperbaiki diri sendiri dan menghargai jkum hawa.

“Jika ada mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu,” tegas beliau.

Aktres kelahiran Pulau Pinang itu, Afifah Nasir percaya jika lelaki itu baik dan menghargai wanita mereka akan dipertemukan dengan wanita yang baik dalam hidup mereka.

Afifah Nasir kini sedang aktif berlakon dan juga menjadi duta produk terutamanya kecantikan.

Buat masa ini Afifah Nasir masih tidak memberikan sebarang bayangan bahawa beliau sedia menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.

Sumber