Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang semalam.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman TikTok  Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@istananegaraofficial/video/7225960971968220418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7142875868581905921

Menurut catatan pada hantaran tersebut, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

Dalam masa yang sama, netizen sangat memuji tindakan baginda yang mendahulukan rakyat di dalam waktu kecemasan. Malah, ada yang berseloroh meminta sesetengah individu VVIP untuk mengambil teladan daripada contoh yang ditunjukkan itu.

Sumber Gambar: TikTok @istananegaraofficial
Sumber Gambar: TikTok @istananegaraofficial
Sumber Gambar: TikTok @istananegaraofficial

Sebagai pengguna jalan raya yang beretika, kita mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan juga memberi laluan kepada ambulan atau badan kecemasan lain sewaktu saat mustahak. Dengan berbuat demikian, kita bakal melancarkan urusan mereka.