Selepas hampir tiga minggu nombor plat kenderaan khas ‘GOLD’ dibuka kepada orang ramai, akhirnya kita dapat ketahui pemilik angka pertama nombor khas tersebut.

‘GOLD 1’ menjadi milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas Tuanku Baginda membidanya dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara.

Baca Juga:

Memetik hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, nilai bidaan itu yang sebanyak RM1.5 juta akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan pada hari ini (20 Februari) di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, YB Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain memiliki ‘GOLD 1’, Agong juga memiliki beberapa lagi nombor plat yang menarik perhatian ramai seperti WWW1, F1 dan paling terbaharu FF1.