Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyaksikan ramai pihak terjejas teruk susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini yang semakin parah.

Dibuang kerja dan hilang punca pendapatan, situasi genting seperti ini nampaknya telah memaksa segelintir rakyat di negara ini memilih jalan yang bertambah sukar dengan meminjam wang daripada sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long untuk kelangsungan hidup.

Terbaharu, aktiviti meminjam wang ah long dilihat semakin rancak setelah wujudnya aplikasi dikenali sebagai ‘Mloan’. Difahamkan, ini merupakan taktik terbaharu yang digunakan ah long untuk memudahkan urusan pemberian pinjaman wang kepada orang ramai melalui telefon bimbit.

Hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan pinjaman akan lulus dalam masa kurang 24 jam. Memang mudah untuk meminjam tetapi mesti diingat bahawa membayar semula hutang ah long bukan satu perkara yang mudah.

BeFunky-collage (86)
Berdasarkan tinjauan, aplikasi ini telah dipadam di Google Play Store. Sumber: laman web Mloan Asia

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din berkata bahawa pihaknya sudah menerima tiga laporan daripada mangsa-mangsa yang terjebak dalam berurusan pinjaman wang ah long melalui aplikasi ini. Malah, dilaporkan juga mangsa turtu menerima pelbagai ugutan kerana gagal melangsaikan hutang ah long ini.

“Berdasarkan semakan mendapati, apabila aplikasi ini dimuat turun, secara automatik ahli sindiket pinjaman ini boleh mengakses semua data dan maklumat peminjam yang disimpan di dalam telefon bimbit seperti gambar dan nombor telefon kenalan yang rapat dengan peminjam.

“Dengan cara ini sekaligus dapat memudahkan ahli sindiket menghubungi ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membuat ugutan (ibarat gerentor) sekiranya peminjam gagal dihubungi untuk melunaskan hutangnya,” katanya seperti memetik laporan Kosmo.

Ujar beliau lagi, sindiket pinjaman wang tidak berlesen ini juga berpakat dengan ‘ceti haram’ lain dengan menawarkan pinjaman yang baharu sekiranya peminjam gagal melunaskan baki pinjaman hutang lama.

“Liciknya, taktik ini sememangnya menguntungkan mereka kerana mangsa yang terdesak dan berada dalam ketakutan akan terpengaruh dan sanggup membuat pinjaman baharu bagi melangsaikan baki hutang lama.

“Tanpa disedari, mangsa terjerat hutang dengan dua syarikat ah long yang berpakat untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa,” ujar beliau lagi.

Anda dinasihatkan agar jangan sesekali memuat turun aplikasi ini untuk meminjam wang ah long kerana dikhuatiri bakal memberi masalah kepada peminjam kelak.

Ibu bapa terpaksa pinjam ‘ah long’ untuk beli gajet PdPR. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesan PKP 2.0 Kepada Ibu Bapa, Ada Yang Terpaksa Pinjam Ah Long Untuk Beli Gajet PdPR

Angkara COVID-19, ‘Ah Long’ Tidak Menang Tangan Terima Pelanggan Baharu Setiap Hari

‘Tersilap’ Simbah Cat Merah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Rumah Sasaran Ah Long

Sumber