Bagi memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya Simpanan Asas sebanyak RM240,000 bagi kelangsungan hidup ketika persaraan, kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk bagi tujuan mengerjakan ibadah haji, lapor Berita Harian.
“KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua.
Baca Juga:
- Netizen Terkejut Simpanan KWSP Golongan Muda Berbangsa Cina Cecah Ratusan Ribu Ringgit
- KWSP Tambat Hati Pengunjung KJH Penang Dengan Pelbagai ‘Game’ & Segmen Menarik Bersama Selebriti TV3
- Tak Bayar KWSP, 635 Majikan Dihalang Keluar Negara
“Pengeluaran haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah usia 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH),” jelasnya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya lagi, Akaun Persaraan, yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, bertujuan sebagai simpanan persaraan, yang membabitkan 75 peratus daripada keseluruhan caruman.
“Walaupun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan), serta pengeluaran pada usia 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.
“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya.