Tular sebuah video di media sosial di mana Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan telah bertindak menyuarakan rasa kurang senang beliau dengan keadaan jalan di kawasan beliau.
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Jalal Misai, kelihatan Sany Hamzan yang bertongkat sedang berhadapan dengan beberapa orang yang dipercayai kontraktor yang ditugaskan untuk menurap jalan di sekitar kawasan beliau.
Baca Juga:
- MPKj Diarah Bayar Pampasan RM2,980 Selepas Pemandu Menang Kes Tuntutan Jalan Berlubang
- ‘Mengapa Negara Miskin Jalannya Lebih Baik?’ – Mat Saleh Sindir Keadaan Jalan Berlubang Di Malaysia
- Berkat Lelaki Ini Tanam Batu Nisan, Jalan Berlubang Akhirnya Dibaiki Tidak Sampai 12 Jam
YB turun spot check hasil kerja kontraktor katanya.. pic.twitter.com/OEevVL7Kq4
— Jalal Misai (@jllmisai) January 5, 2023
Kedengaran juga Sany Hamzan mempersoalkan hasil kerja individu terbabit sambil menunjukkan keadaan jalan yang rosak serta berlubang dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Pada video kedua yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang sama, Sany Hamzan memberi tempoh seminggu kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa jalan di kawasan beliau di turap.
🤔 pic.twitter.com/a7CQp3vGc2
— Jalal Misai (@jllmisai) January 5, 2023
Beliau juga memberi amaran jika tiada apa-apa tindakan yang dibuat, beliau sedia untuk ‘menghentam’ mana-mana individu atau institusi yang bertanggungjawab.
Video pendek yang tular telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Kebanyakan mereka memuji cara kerja Ahli Parlimen Hulu Langat dan meminta agar jalan di sekitar Hulu Langat dibaiki kerana bahaya untuk pengguna jalan raya.
Untung dapat yb macam ni. Kat tempat aku tu, last2 orang kampung bawak keluaq duit sendiri nak turap jalan. Jalan berlubang, lampu jalan pun takda. Memang pakej ke kubuq
— شازواني (@Wan____i) January 5, 2023
memang teruk jalan langat ni , jalan mcm masuk hutan jer
— azmanbhr (@azmanbhr) January 5, 2023
Lol depan rumah je 🤡🤡 tapi betulla jalan Langat terukk ðŸ˜ðŸ˜
— izam (@Izhmrazakk) January 5, 2023