Tular sebuah video di media sosial di mana Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan telah bertindak menyuarakan rasa kurang senang beliau dengan keadaan jalan di kawasan beliau.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Jalal Misai, kelihatan Sany Hamzan yang bertongkat sedang berhadapan dengan beberapa orang yang dipercayai kontraktor yang ditugaskan untuk menurap jalan di sekitar kawasan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedengaran juga Sany Hamzan mempersoalkan hasil kerja individu terbabit sambil menunjukkan keadaan jalan yang rosak serta berlubang dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Pada video kedua yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang sama, Sany Hamzan memberi tempoh seminggu kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa jalan di kawasan beliau di turap.

Beliau juga memberi amaran jika tiada apa-apa tindakan yang dibuat, beliau sedia untuk ‘menghentam’ mana-mana individu atau institusi yang bertanggungjawab.

Video pendek yang tular telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Kebanyakan mereka memuji cara kerja Ahli Parlimen Hulu Langat dan meminta agar jalan di sekitar Hulu Langat dibaiki kerana bahaya untuk pengguna jalan raya.