Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyita sebuah kenderaan mewah jenis Bentley Continental semasa menjalankan Ops Khas Luxury di Jalan Tun Razak.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam menyatakan kenderaan tersebut tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
Semakan mendapati Bentley itu adalah milik ahli perniagaan wanita itu sendiri, petik Berita Harian.
Pada masa sama dia melakukan tiga kesalahan; LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL).
“Siasatan mendapati LKM dan insurans kenderaan mewah itu sudah tidak diperbaharui sejak 2018.
“Wanita itu memberi alasan terlepas pandang disebabkan sebelum ini urusan memperbaharui LKM dan lain-lain diuruskan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.