Dalam pada banyak masalah yang menimpa negara, ahli politik daripada parti PAS ini tampil dengan mengetengahkan isu yang dianggap orang ramai sebagai menyimpang jauh.
Terbaharu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mencadangkan kepada parlimen bahawa penyelesaian untuk wanita Malaysia yang berkahwin lewat adalah dengan poligami.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
Jelasnya, terdapat hampir 8.4 juta wanita Malaysia yang belum berkahwin dan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah ini adalah poligami.
Di mana lelaki muslim boleh mempertimbangkan untuk menambah isteri bagi menyelesaikan masalah lewat kahwin.
“Ini bukan penyelesaian muktamad untuk masalah ini tetapi ini (poligami) akan memberi mereka ‘jalan keluar’,” katanya.
Beliau menekankan bahawa perkataan poligami telah menjadi isu sensitif dan jika menyebut perkataan itu kini terasa seperti melakukan jenayah.
Tambahnya lagi, kementerian yang bertanggungjawab sepatutnya bersikap rasional dengan isu ini dan memberi sokongan moral kepada wanita yang belum berkahwin.