Dr. Azman Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Jabi semalam mendapat kritikan daripada pengguna maya setelah beliau menyamakan wanita sebagai barang.
Dalam ciapan yang dimuat naik semalam, Azman memberi komen mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang meminta agar pihak berkuasa terutamanya polis untuk tidak bersikap prejudis dengan kaum wanita.
Hal ini selepas tular beberapa laporan media bahawa sebahagian wanita telah dilarang untuk masuk ke balai polis kerana berpakaian kurang sopan.
Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Kalu main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah. pic.twitter.com/BZZUhUkSMU
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) February 6, 2023
Azman dalam ciapannya menyatakan bahawa wanita itu diumpakan seperti barang yang jika ianya bernilai tinggi, akan dibungkus dengan baik dan bukannya terdedah.
“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Kalu main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.
“Tak tahulah kalau ada lagi orang yang berpegang dengan kaedah, jangan nilai seseorang dari penampilan pakaian luaran,” katanya dalam ciapan yang dibuat pada 6 Feb 2023.
Ciapan yang dimuat naik oleh beliau itu mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya perempuan. Kebanyakan mereka kecewa kerana ahli politik PAS masih melihat seorang wanita sebagai ‘barang’ dan disebabkan itu parti itu kurang mengangkat wanita sebagai pemimpin.
pembungkusan, pemasaran natang mende gok mu! nak komen pun tengok konteks la. first, she’s non muslim. secondly, she’s in distress. citizen in distress should be assisted by the authority. Authority should facilitate, not frustrate.
— Bendybits Crumblybum (@esjayjer) February 6, 2023
“Dalam aspek pemasaran” 😂 orang tua takpayah lah main sosial media kalau masih anggap cara perempuan berpakaian sebab nak ‘memasarkan’ diri. 😂
— dee.wong (@diyahensem__) February 6, 2023
Betul , isu tu tak patut berlaku dan besar pun , lelaki ni memang tak de topik lain ke selain pemakaian perempuan , aku rasa cam isu pakaian , aurat and so on perdebatan buang masa sedang itu arahan jelas jika langgar itu aib individu ..
— Shahirah Asaruddin (@ShahirahAsarud1) February 6, 2023
Dr, mohon jangan samakan wanita dgn barang yang tiada nyawa. ingat bahawa anda dilahirkan oleh seorang Wanita, dibuai dan dijaga oleh seorang IBU. tapi kalau hang minat Sajat itu saya no comment lah.
— CW (@nusabangsa) February 6, 2023
Dalam kes tersebut, Young Syefura meminta pihak polis untuk menjalankan tugas mereka tanpa prejudis, tanpa sifat seksis terhadap wanita dan tanpa menilai seseorang melalui pemakaian mereka.
Bagi beliau, rakyat tidak hadir ke balai polis jika tiada sesuatu yang mendesak dan prinsip ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ yang disebut oleh KPN sepatutnya perlu dipraktikkan juga oleh anggota dan pegawai polis yang menerima laporan dengan profesional, sentiasa tenang dan sedia berkhidmat untuk rakyat.