Kecoh sejak beberapa minggu lalu apabila beberapa pemimpin khususnya daripada Parti Keadilan Rakyat termasuk pemimpin mereka melakukan pengisytiharan harta.

Pengisytiharan harta yang dibuat telah menyaksikan pemimpin tertinggi mereka Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli masing-masing mempunyai aset bersih sekitar RM11 juta dan RM18 juta.

Baca Juga:

Langkah yang pengisytiharan harta yang dilakukan PKR nampaknya kurang dipersetujui pihak PAS yang nyata mempunyai pendapat berbeza.

Sumber: Naib Presiden Pas, Nik Mohd Amar. Sumber: Focus Malaysia

Menurut Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan awam dan tidak menjadi keperluan untuk pemimpin PAS berbuat demikian.

Selain itu, beliau berpendapat pengisythiran harta mungkin memberi impak yang positif dan juga negatif. Mengetahui seseorang mempunyai jumlah harta yang banyak memberi implikasi negatif kepada seseorang. Hal ini membuatkan PAS memilih untuk membuat pengisythiran harta.

Tambahnya lagi, pemimpin PAS kebiasaannya tidak mempunyai harta sekaligus membuatkan mereka malu untuk isytihar harta kerana malu tidak mempunyai harta berjuta-juta seperti pemimpin lain.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan setiap wakil rakyat terutamanya exco masih perlu membuat pengisytiharan harta kepada menteri besar namun tidak didedahkan kepada umum.