Buat anda yang sudah merancang perjalanan ke luar negara, pastinya anda terpaksa membatalkan perjalanan anda berikutan penularan wabak COVID-19 yang cukup membimbangkan di seluruh dunia.
Tidak dapat dinafikan, masih ada akan ke luar negara atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Terbaharu, AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir semua penerbangan dalam rangkaiannya berikutan sekatan perjalanan oleh beberapa negara.
Difahamkan, kesemua penerbangan antarabangsa dan domestik AirAsia Malaysia digantung sementara dari 28 Mac hingga 21 April 2020. Malah, AirAsia Filipina pula akan menggantung penerbangan melibatkan penerbangan antarabangsa dan domestik dari 20 Mac hingga 14 April 2020, iaitu dalam tempoh kuarantin komuniti di Luzon, serta di bahagian lain di negara tersebut.
Manakala bagi AirAsia Thailand, penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa adalah dari 22 Mac hingga 25 April 2020, tetapi operasi domestiknya diteruskan pada kekerapan lebih rendah.
Sementara itu, AirAsia India yang hanya menjalankan operasi laluan domestik telah menggantung penerbangannya selama 21 hari, bermula 25 Mac bagi mematuhi penggantungan dilaksanakan kerajaan bagi semua penerbangan domestik.
Para pelanggan yang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan SMS. Oleh itu, pelanggan boleh buat pilihan untuk menukar tempahan penerbangan kepada Akaun Kredit yang boleh ditebus dalam masa setahun, atau menukar kepada tarikh baharu tanpa had dan bayaran sebelum 31 Oktober 2020.
Penukaran boleh dibuat melalui AVA di airasia.com atau di sini. Pihak AirAsia akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia untuk memulakan penerbangan kami secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kawal selia.
Kami kongsikan cara mudah untuk ‘refund’ tiket penerbangan AirAsia pada pautan di bawah ini.
8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus
Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam
Bangga Melancong Ke Korea Ketika Musim Wabak, Pasangan ‘Selfish’ Ini Dikecam Hebat Netizen