AirAsia baru sahaja melancarkan kempen ‘Balik Kampung with Fixed Fares’ di RedQ, KLIA2 dan majlis pelancaran turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Pastinya, kempen ‘Balik Kampung with Fixed Fares’ ini akan membuatkan anda tersenyum lebar untuk balik kampung menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
AirAsia menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak untuk perjalanan 19 April hingga 30 April 2023 dan tempahan boleh dibuat mulai jam 6 petang ini sehingga 30 April 2023.
Baca Juga:
- Percutian Singkat Ke Sarawak, Ini 6 Tempat Wajib Singgah Di Kuching Pada Hujung Minggu
- Laksa Sarawak Dinobat Makanan Terbaik Asia, Kalahkan Sushi Dari Jepun
- Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah
Harga tiket yang ditawarkan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri hanya RM199 sehala manakala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada RM249 sehala.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau berbesar hati kerana syarikat tambang murah itu terus komited menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi.
“Jumlah penerbangan tambahan yang disediakan Air Asia adalah sebanyak 62 penerbangan untuk 11 laluan di antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk ke Sabah dan Sarawak.
“Sarawak ada empat lokasi (Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri) manakala di Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau). Jumlah tambahan kerusi pula sebanyak 11,400 buah kerusi.” ujar Anthony Loke
AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”.
Jika anda belum miliki kad BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.