Sebuah lagi kejayaan baru berjaya ditempa buat AirAsia selepas syarikat penerbangan murah ini berjaya memperoleh 11 anugerah melalui MARKies Awards. Melalui anugerah yang diterima, sebanyak lima emas, lima perak dan satu gangsa antara yang diterima.
Lebih mengagumkan, AirAsia turut menerima dua pingat perak melalui kategori ‘Best Use of Social Media’ dan ‘Best Idea’ yang dijalankan selama 48 jam.
Mengulas mengenai kemenangan yang diperoleh pengarah pemasaran AirAsia Malaysia, Spencer Lee turut berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian yang diperoleh. Kejayaan ini turut menjadi kejayaan yang bermakna buat AirAsia selepas dinobatkan sebagai platform pemasaran digital terbaik.
Berjaya merangkul 11 anugerah di MARKies Awards pastinya merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan bukan saja oleh warga kerja AirAsia tapi juga rakyat Malaysia secara amnya. Tahniah AirAsia. Semoga lebih banyak tawaran dan promosi ditawarkan khusus buat para pengguna pada masa akan datang.