Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita serangan ransomware yang membabitkan syarikat penerbangan kos rendah tempatan. Lebih teruk lagi, laporan awal mendedahkan lebih 5 juta data termasuk pengguna dan pekerja telah tertiris.

Terbaharu, Capital A Berhad menerusi pengumuman di Bursa Malaysia mengesahkan bahawa sistem mereka telah menerima serangan siber seperti yang dilaporkan sebelum ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter FalconFeedsio

AirAsia menekankan yang mana ia tidak menjejaskan sistem kritikal mereka dan syarikat telah mengambil semua langkah proaktif dalam mengatasi masalah sekuriti itu.

Bagaimanpun, AirAsia tidak pula menyentuh tentang isu kebocoran data 5 juta pengguna ekoran serangan siber pada kali ini. Jadi, perkara ini masih menjadi tanda tanya oleh semua orang jika kebocoran ini benar-benar berlaku atau pun hanya satu helah memeras wang dari penggodam.