AirAsia telah melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam bagi menyatukan keluarga pada Tahun Baru Cina ini dengan tambang berpatutan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.

Anda kini boleh terbang ke kampung halaman pada musim perayaan ini dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri dengan tambang tetap RM298 sehala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang tetap RM348 sehala. Promosi ini bermula dari 5 hingga 15 Februari 2024.

Selain 134 penerbangan tambahan lewat malam pada tambang rendah tetap ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 408 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menyokong inisiatif kerajaan pada musim perayaan ini.

“Kami berbesar hati untuk menyokong usaha AirAsia yang merupakan salah satu syarikat penerbangan tempatan yang terus konsisten menyokong inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan dengan tambang berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan.

“Inisiatif tambang tetap ini juga sejajar dengan inisiatif-inisiatif kerajaan termasuk program FLYsiswa di mana kerajaan menyediakan subsidi RM300 untuk pembelian tiket penerbangan oleh pelajar universiti awam dan subsidi tambang asas RM599 sehala bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan seperti yang diumumkan pada tahun lalu.” ujar Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke ketika majlis perasmian sebentar tadi.

Sekadar makluman, tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.