Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled telah memutuskan untuk menyaman seorang lagi TikTokers iaitu Hamzah Rashid.

Saman tersebut adalah saman fitnah. Selepas Aisar mendakwa Hamzah memfitnah dia berkaitan dengan hadiah iPhone dan kereta kepada pengikutnya.

Hamzah pernah memuat naik video melabel Aisar Khaledd sebagai penipu golongan B40.

@hamzah.rashid1

Influencer scam warga b40 giveaway iphone

♬ original sound – Hamzahrashid – Hamzahrashid

Sebelum ini Aisar sudah menafikan dia menipu pengikutnya dan pembeli produknya. Sebaliknya dia menegaskan bahawa iPhone diberikan kepada mereka yang bertuah dan ‘ada rezeki’.

Seterusnya Hamzah mempersoalkan tindakan Aisar yang tidak memberikan kereta yang dijanjikan kepada pengikutnya yang berjaya memenanginya. Aisar menegaskan bahawa pemenang tersebut susah dimaklumkan bahawa kereta tersebut ada masalah rosak.

Dan kos membaiki agak tinggi dan pemenang setuju untuk menggantikan jenis hadiah kepada wang tunai.

Selain itu Hamzah yakin bahawa Aisar menggunakan kotak yang sama setiap kali nak memancing pengikutnya untuk memenangi iPhone.

Aisar membalasnya dengan menyatakan bahawa kotak yang dia pegang adalah secara rawak dan iPhone tetap ada. Kerana ianya barang terpakai jadi mereka mendapatkan kotak dari luar.

@hamzah.rashid1

Part 1 Jawapan kepada Aisar Khalid mengatakan saya Fitnah

♬ original sound – Hamzahrashid – Hamzahrashid

Pihak Aisar menerusi peguamnya menegaskan bahawa Hamzah tidak memberikan respon di atas tuntutan mereka. Dan menasihati Hamzah agar terima sahaja saman itu dan hadir ke mahkamah.

Aisar dalam kenyataannya mencabar Hamzah untuk bersemuka dengannya di mahkamah. Dan tidak mahu mendedahkan jumlah tuntutan saman fitnah yang dibuatnya.

@mstarmalaysia

Kali ini Aisar Khaled tak main-main, naik mahkamah saman TikToker

♬ original sound – mStar Official – mStar Official