Kali ini ingin saya bawakan anda bertandang ke bumi kenyalang, tanah tumpah darahku untuk memperkenalkan aiskrim Gula Apong yang mendapat sambutan hangat sekarang.
Makanan yang terkenal dari Sarawak sememangnya Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Namun sejak kebelakangan ini ditambah dengan cuaca panas yang melanda, satu lagi fenomena baru mendapat permintaan tinggi iaitu aiskrim Gula Apong.
Keunikan aiskrim ini sudah pasti pada bahan utama yang digunakan iaitu Gula Apong. Selalu dikatakan seperti Gula Melaka namun bagi yang pernah merasa kedua-duanya akan dapat membezakan rasa. Gula apong turut digunakan dalam air minuman 3 layer tea atau lebih dikenali dengan panggilan teh c peng special yang kini turut mendapat sambutan di semenanjung. Mungkin saya boleh kongsikan tentang ini pula di lain hari.
YS Cafe, Sibu
Pelbagai pilihan terdapat di Sarawak namun saya menggemari aiskrim Gula Apong di YS Cafe, Sibu kerana teksturnya yang lembut seperti aiskrim kegemaran saya, chocolate sundae. Juga kerana aiskrim tersebut diperbuat dengan gula apong dan bukan hanya ditabur di atas aiskrim vanila.
Layari laman Facebook YS Cafe untuk maklumat lebih lanjut.
Alamat: Lorong Kampung Nangka 8A,Sibu,Sarawak.
Hubungi: 011-3173 6005
Di sini saya turut kongsikan aiskrim gula apong yang telah saya cuba di Kuching.
Anda boleh cuba sendiri bila bertandang ke sini.
DP Ice Cream Gula Apong, Kuching
Anda boleh pilih topping seperti kacang, oreo atau corn flake.
Layari laman Facebook DP Ice Cream Gula Apong untuk maklumat lebih lanjut.
Borneo Aiskrim, Kuching
Ada pelbagai pilihan menarik seperti bun aiskrim dan banana-to-go.
Layari Instagram @borneoaiskrim untuk maklumat lebih lanjut.
Alamat: Jalan Gamelan, Taman Hussein 93050 Kuching
Selamat mencuba!
Cik Cha
BACA: 7 Aktiviti Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu