Ajai tampil bersuara selepas namanya dipetik AC Mizal dalam sidang media tergempar 4U2C.

AC Mizal luah rasa kecewa ke atas Ajai yang menurutnya telah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama 4U2C.

AC Mizal juga mendedahkan bahawa Ajai telah mengeluarkan kenyataan berbeza dengan apa yang dia katakan secara peribadi kepada AC Mizal.

AC Mizal persoalkan komen Ajai yang menurutnya ibarat cuba menutup periuk nasi dia dan rakan rakannya.

“Ajai juga yang mencadangkan agar kami saman sahaja Man Senoi. Saya tak setuju dengan cadangan itu. Sebab fokus kita adalah persembahan pada konsert.

“Namun ketika saya melihat kenyataannya, dia pula yang menyatakan 4U2C tidak boleh mengadakan konsert. Ayuhlah Ajai, kamu nak tutup periuk nasi budak budak saya, sedangkan saya tak pernah kacau Exists atau Ajai.

AC Mizal kecewa dengan Ajai yang merupakan sahabat baiknya. Dan mendedahkan bahawa Ajai sendiri sebenarnya tidak faham undang undang berkaitan hak cipta lagu, walaupun sudah lama berada dalam industri hiburan.

4U2C Ikut Saluran Betul, AC Mizal Menangis Kecewa Dengan Ajai Dan Man Senoi

Ajai minta maaf

Ajai memberikan respon menerusi ruangan IG miliknya. Menurut, Ajai kenyataannya telah disalah tafsir, dan dia meminta maaf.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C. Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana mana pihakm saya mohon maaf.”

Ajai seterusnya menegaskan bahawa dia sentiasa menyokong mana mana pihak yang mahu berkarya. Dan berharap permasalahan antara 4U2C dan Man Senoi dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana mana pihak daripada berkarya.

“Saya menyokong usaha mana mana artis terus berkaya dan berharap segala perkara dapat  diselesaikan secara baik dan berhemah, terima kasih.”