Dalam dunia serba digital hari ini, di mana anak-anak seusia sembilan tahun sudah mahir ‘top-up’ akaun permainan online  atau ‘game’ sehingga menyebabkan satu insiden tragis telah mengejutkan warganet.

Seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas memukul anak lelakinya yang berumur 9 tahun hingga maut, semata-mata kerana si anak menggunakan sejumlah wang untuk menambah kredit akaun game.

Game

Insiden menyayat hati ini berlaku pada hari Ahad, 18 Mei lalu di Qingdao, wilayah Shandong, China.

‘Top-Up Game’: Kronologi Kejadian

Menurut laporan Sin Chew Daily yang memetik kenyataan seorang netizen yang mendakwa dirinya sebagai petugas di Hospital Daerah Huangdao, kanak-kanak tersebut telah dipukul menggunakan wayar elektrik selepas perbuatannya bermain game terbongkar.

Game

Dalam tempoh beberapa jam selepas insiden itu, si kecil mula mengadu tidak sihat kepada ibunya — yang baru pulang dari kerja — sebelum mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital.

Malangnya, nyawa si anak tidak dapat diselamatkan.

Pasukan perubatan yang menerima mangsa mengesahkan bahawa jantungnya telah terhenti sejurus tiba di pintu hospital.

Game

Doktor yang bertanggungjawab ketika itu segera memaklumkan kepada pihak polis, dan si bapa kini berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut.

Insiden ini nyata membangkitkan kemarahan netizen, bukan sahaja di China tetapi juga seluruh dunia, yang mengecam tindakan kejam bapa tersebut.