Durian mungkin dipanggil sebagai raja buah, tetapi seperti raja-raja yang lain, tidak semua orang boleh menerimanya.

Kira-kira 12 pekerja pejabat pos di Jerman menerima rawatan perubatan kerana loya atau mabuk setelah menghidu aroma bau yang kuat dari bungkusan yang berisi buah durian.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Daily News melaporkan pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan dihantar ke pejabat pos di bandar Jerman Bavaria untuk memeriksa bungkusan itu.

Akibat bungkusan buah yang mencurigakan, polis terpaksa membawa keluar semua orang di dalam bangunan. Kira-kira 60 pekerja diminta untuk keluar sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.

“Oleh kerana ada kandungan yang tidak diketahui, pada awalnya tidak jelas apakah bungkusan itu berisiko atau tidak,” kata kenyataan dari pihak polis Schweinfurt.

Setelah membuka bungkusan itu, polis mendapati terdapat empat buat durian Thailand yang dihantar kepada seorang teman yang tinggal di Nuremberg, Jerman.

Selain 12 pekerja pejabat pos, polis melaporkan sekitar enam orang lain terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Sekitar 12 orang mengadu loya sehingga mereka terpaksa mendapat rawatan di tempat kejadian. Sementara enam yang lain dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” kata kenyataan itu.

Memetik CNN, sekitar enam ambulans, lima jentera bomba, dan dua kenderaan kecemasan dikerahkan setelah menerima laporan satu bungkusan yang mencurigakan.

Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas. Hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.

Terdahulu, harga durian di Malaysia jatuh gara-gara COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand

Sumber