Aksi Europa League antara Besiktas menentang Maccabi Tel Aviv akan diadakan di Debrecen, Hungary.
Aksi tersebut sepatutnya diadakan di Istanbul. Namun UEFA memindahkannya ke Hungary setelah mempertimbangkan tentang jaminan keselamatan.
Perlawanan tersebut juga akan diadakan dalam stadium kosong atas permintaan pihak berkuasa tempatan di Hungary, menurut UEFA lagi.
Minggu lalu, apabila Maccabi Tel Aviv mengadakan kunjungan ke Ajax untuk perlawanan UEL, penyokong mereka telah diserang di Amsterdam.
Beberapa video tersebar menunjukkan perangan jelek penyokong Maccabi itu sendiri yang memulakan provokasi. Ini termasuk menanggalkan bendera Plestin yang dikibarkan di bandar Amsterdam.
Mereka juga melaungkan chant rasis ke atas Plstin dan menyatakan sokongan meereka kepada IDF. Penyokong mereka turut tidak menghormati upacara penghormatan 1 minit dibuat Ajax untuk mangsa banjir di Valencia.
During tonight’s match between Ajax and Maccabi Tel Aviv, the Israeli supporters refused to hold a minute of silence for Valencia flood victims. They even started illegal fireworks.
This comes after Spain cancelled arms deal with Israeli company worth billions. pic.twitter.com/paZGAPO7uB
— Leyla Hamed (@leylahamed) November 7, 2024
Selain itu penyokong penyokong mereka membuat kacau di dalam stadium dan di luar stadium membuatkan mereka diserang oleh penyokong Ajax. Sumber mendedahkan bahawa sekumpulan penyerang tersebut adalah mereka yang berketurunan Belanda-Maghribi.
Attacked a taxi driver and still the police made no arrest pic.twitter.com/xXcFyg6Fcd
— Nawal (@bentdjalba) November 8, 2024
5 penyokong Maccabi dikejarkan ke hospital sementara 60 orang ditahan kerana pergaduhan tersebut.
Oleh kerana aksi seterusnya akan dilangsungkan di Istanbul. Maccabi Tel Aviv risau dengan keselamatan penyokong mereka. Kerana Istanbul dan Turki yang dikenali sebagai negara kuat menyokong Plstin.
Pada 28 November lalu, Besiktas sudah mengumumkan bahawa aksi menentang Maccabi Tel Aviv akan diadakan di tempat berkecuali. Keranma kelab itu tidak dapat memberikan jaminan keselamatan kepada penyokong lawan.
Namun UEFA dalam kenyataannya pada Isnin pula menyelitkan insiden di Amsterdam sebagai sebab utama kenapa perlawanan itu akan diadakan di Hungary.
UEFA juga memberikan amaran kepada penyokong Besiktas dan Maccabi Tel Aviv agar tidak sesekali datang ke Hungary untuk pperlawanan itu untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.