Perlawanan hoki lelaki yang menemukan Putatan dan Tawau dalam kejohanan Sukan Sabah (SAGA) 2023 di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu petang semalam bukan sahaja berlangsung dengan sengit.

Malah, ketika pemain kedua-dua sedang berjuang sepenuh hati untuk menambah jaringan pada suku ketiga permainan, secara tiba-tiba sekumpulan lebah melalui di kawasan tengah padang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Keadaan pada ketika itu menjadi sedikit huru-hara dengan pemain yang beraksi serta pengadil bertindak menyelamatkan diri dengan meniarap di atas padang dalam keadaan cuaca panas terik.

Susulan kehadiran tetamu tak diundang itu, perlawanan yang masih lagi di peringkat kumpulan tersebut terhenti kira-kira 10 minit dan kemudiannya aksi bersambung dengan kemenangan 3-2 memihak Tawau.

Pengadil perlawanan dalam mood berjaga-jaga. Kredit Foto: Arthockey

Melihatkan kepada foto kawasan sekeliling kompleks sukan tersebut, terdapat pokok besar yang berkemungkinan besar menjadi sarang kepada lebah-lebah itu.

SAGA merupakan kejohanan sukan dwitahunan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah untuk mencari bakat baharu terutamanya untuk mewakili negeri itu dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Difahamkan terdapat acara berpasukan seperti  bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki dan juga sepak takraw perlu melalui pusingan kelayakan mengikut zon sebelum dapat beraksi dalam pertandingan sebenar yang akan berlangsung hingga 22 Disember ini.

Meskipun menelan belanja besar untuk penganjuran SAGA, MSN Sabah menganggap ia mampu memberikan hasil positif kerana atlet-atlet negara seperti  Rayzam Shah Wan Sofian (pelari 110 meter lari berpagar), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Mohd Eizlan Dahalan (lompat tinggi) lahir daripada kejohanan ini.