Seorang Youtuber dari Rusia melakukan tindakan kejam terhadap kekasihnya melalui siaran langsung dalam talian. Aksi kejam itu berakhir dengan tragedi maut apabila kekasihnya yang sedang hamil meninggal dunia, lapor The New York Post.

Stas Reeflay memaksa kekasihnya, Valya, memakai seluar dalam dan berdiri di luar rumah pada suhu di bawah sifar. Tindakan ini dilakukan setelah salah seorang penonton menyumbangkan wang sebanyak USD1,000 (+-RM4,000).

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Valya cuba menutup badannya dengan menggunakan jaket, tetapi Stas melarang dia memakai jaket. Dalam video yang disiarkan secara langsung, Stas mengatakan kepada teman wanitanya bahawa dia harus berdiri selama 15 minit di luar rumah pada suhu di bawah sifar.

collage

Selepas 15 minit, Stas membawa Valya masuk ke dalam rumah, dan dia mula menyedari bahawa Valya sudah tidak sedarkan diri.

“Valya, Valya, kamu seperti mati. Valya, katakan sesuatu. Saya bimbang. Sial .. Saya tidak merasakan degup jantungnya,” kata Stas yang panik, tetapi masih menyiarkan kejadian itu secara ‘live’.

“Kawan-kawan, tidak ada nadi. Dia pucat. Dia tidak bernafas,” tambahnya.

Siaran langsung itu berterusan sehinggalah paramedik dan polis tiba. Valya dinyatakan mati di tempat kejadian. Diduga kerana hipotermia. Stas pula ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis. Jika didapati bersalah membunuh, dia bolah dipenjara hingga 15 tahun.

Terdahulu, seorang Youtuber Jepun berjaya menemui Nasi Lemak paling mahal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Cecah Harga RM73 Sepinggan, Pasangan YouTuber Jepun Ini Temui ‘Nasi Lemak Paling Mahal’