Charlie Kirk, seorang aktivis konservatif dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, ditembak mati pada hari Rabu di sebuah acara kolej di Utah.
Kirk dijemput untuk berucap di salah satu Universiti Utah Valley dan beliau menemui ajal dalam apa yang digambarkan oleh gabenor negeri sebagai “pembunuhan politik.”
Baca Juga:
- Trump Kenakan Tarif 50%, Rakyat India Bangkit Boikot Produk AS

- ‘Curi Minyak Kuning, Caj EV Pun Nak Free’ – Warga Emas Singapura Dikecam Cop Pengecas Tesla

- ‘Sangat Menarik’ – Ini Luahan Trump Selepas Berjumpa Dengan CEO Intel Kelahiran Malaysia

Charlie Kirk Mangsa Pembunuhan Politik
“Ini adalah hari yang gelap bagi negeri kita. Ia adalah hari yang tragis bagi negara kita,” kata Gabenor Utah Spencer Cox.
“Saya ingin menjelaskan dengan jelas bahawa ini adalah pembunuhan politik.”
Menurut laporan AP, Kirk mengalami luka parah di bahagian kiri lehernya dimana beliau terus rebah selepas satu tembakan dilepaskan.
Kirk bercakap pada debat yang dianjurkan oleh NGO miliknya. Sebelum penembakan itu, Kirk telah menjawab soalan daripada seorang penonton mengenai tembakan besar-besaran dan keganasan senjata api.
Trump memuji Kirk yang berusia 31 tahun, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi belia Turning Point USA, sebagai “Hebat, malah Legenda.”

“Tiada siapa yang memahami atau mempunyai Heart of the Youth di Amerika Syarikat lebih baik daripada Charlie Kirk,” tulis Trump pada akaun Truth Socialnya.