Nabila Huda telah memuat naik beberapa hantaran di platform X miliknya dimana dia meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap seorang individu yang belum diketahui identitinya.
Menerusi hantaran tersebut, dia berkata individu tersebut merupakan manusia paling jahat yang pernah dia kenali dan dahagakan ‘limelight’. Malah, individu terbabit didakwa suka memmpamerkan diri suka bekerja keras tetapi sebenarnya ‘fake’.
Baca Juga:
- Dituduh Kaki ‘Claim’ Budaya Indonesia, Nabila Huda Diugut Oleh Individu Mahu Culik Anaknya
- Dari Miri Ke Brunei Naik Kereta, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Terjah Untuk ‘Day Trip’
- Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini
Kau lah punca semua orang berpecah belah..Pastu kau buat cerita supaya kau nampak kau mangsa. Kau putar belit. Dah banyak sangat aku bersabar ni…Kau jangan ingat aku taktau apa kau buat kat belakang..Industry ni kecik sangat.. you better stop whatever you are doing right now!
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024
One day,aku akan reveal semua kejahatan kau. Ingat eh betina, semua orang tak bodoh..semua layan kan je ni perangai kau..ingat,kesabaran ada limit nya! Kau dah jauh sangat ni..Kembali lah..😁
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024
“One day aku akan reveal semua kejahatan kau. Kesabaran ada limit! Kau dah jauh sangat ni.
“Kau adalah manusia yang bijak mempergunakan orang tapi bodoh juga sebab tak sedar orang keliling sebenarnya tau apa kau buat kat belakang.
“Pastu kau mandi kan orang dengan kesenangan (bukan duit sendiri pun) pastu kau mengungkit sebab effort kau tak dihargai and end up kau lah mangsa.” ujar Nabila.
Tambahnya, hantaran tersebut hanyalah peringatan mesra kepada individu terbabit dan mendoakan agar individu itu insaf dengan perbuatannya.
Susulan hantaran tersebut, dapat dilihat netizen tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Nabila Huda itu dan memetik nama beberapa selebriti.