Seorang influencer berkongsi detik dia membeli Mercedez yang mewah secara cash telah menimbulkan perdebatan hangat.

Media sosial heboh dengan satu pendedahan dibuat ke atas influencer instagram, @nurinlofa yang dituduh telah mengecapi kemewahan kerana sumber wang haram dengan membuat paid review syarikat judi.

Menerusi laman CEO OF EXPOSE, akaun X tersebut memaparkan bagaimana @nurinlofa telah menjadi duta promosi MZPlay. Yang merupakan syarikat judi yang mencari kaki judi menerusi platform seperti telegram dan sebagainya.

@nurinlofar

plans private, moves silent, life low-key, prayer loud. 🫡🤍

♬ original sound – DJ Aceedz 🎧 – DJ Aceedz 🎧

Ada juga influencer lain yang mengakui mereka ditawarkan sekitar RM2,000 sehingga ke RM6,000 untuk membuat hantaran promosi tentang laman judi itu.

Bukan setakat satu laman sahaja, influencer itu juga kantoi pernah mempromosi laman Winbox yang juga laman judi online.

Netizen benar benar tidak percaya bahawa influencer tersebut benar benar ambil banyak job daripada syarikat judi sehingga boleh membeli Mercedez cash.

Dia turut menyekat akaun yang mendedahkan tentang penglibatannya dalam promosi syarikat judi.

 

Dia mendedahkan dia mendapat kereta idamannya itu setelah membuat perancangan rapi tentang kewangan. Dia bukan pengasas mana mana produk, namun dia berkerja keras membuat paid review dan juga menggunakan Honda Jazz lamanya untuk trade in.

Ada netizen yang menuduh dia membeli kereta Mercedez pada usia 19 tahun hasil daripada duit ditaja syarikat judi.

Dia membalas komen tersebut dengan mengakui memang ada buat paid review laman perjudiaan namun dia tidak membeli kereta itu menggunakan wang tersebut.

Bertindak di atas 38 laporan polis yang dibuat ke atas seorang influencer, PDRM telah menahan 3 wanita dan 5 lelaki yang dipercayai terlibat dalam promosi judi haram.

Ramai percaya itu adalah Nurin Lofa, influencer yang sama yang menyatakan dia membuat review produk syarikat judi namun mengasingkan wang itu daripada wang yang dia gunakan untuk beli kereta Mercedez baharunya.

Dalam kenyataan medianya, PDRM berkata: “Merujuk kepada video promosi judi online yang tular di media sosial baru-baru ini, Pilis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 38 laporan polls berkaitan dengan video berkenaan.’

“Susulan daripada siasatan yang dijalankan, PDRM telah berjaya mengesan dan menahan lapan (8) individu (5 lelaki dan 3 wanita) yang disyaki terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juru video/kamera serta produser, pengarah video dalam penggambaran video promosi tersebut.”

@ohmymedia.cc

Baru 19 tahun, dah beli Mercedes secara ca‍sh 💃 #nurinlofa #influencer #19tahun #bayarcash #mercedesbenz #fyp #tular #kisahviral #ohmymedia #ommbest

♬ original sound – Oh My Media – Oh My Media

“Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bali pembikinan penggambaran video tersebut yang diadakan di dua (2) lokasi (ampang dan hulu langat, selangor) pada 13 mac 2021. Kesemua suspek akan direman bagi siasatan lanjut.”