Influencer kontroversi Nurin Lofa kecewa dengan komen daripada netizen yang diterimanya sejak akhir akhir ini.

Sebelum ini Nurin telah menayangkan kereta baharu idamannya, Mercedes Benz CLA 180 yang dibelinya secara cash pada usia 19 tahun. Walaupun dia bukanlah pengasas mana mana produk kecantikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun netizen mempersoalkan hasil pendapatan Nurin Lofa yang mempromosi judi sehingga dia menjadi kaya.

Nurin Lofa terbuka mengakui bahawa dia memang mengambil kerja untuk mempromosi syarikat judi.

Namun dia sama sekali menafikan kereta baharunya itu hasil daripada wang paid review untuk produk judi itu.

Dia menjelaskan sebelum ini dia pernah membeli Toyota Velfire namun menjualnya kerana dia tidak banyak menggunakan kereta itu dan menggunakan sebahagian wang itu membeli Honda Jazz.

Kemudian dia telah menjual Honda Jazz untuk menampung kos membeli Mercedes baharunya yang dia kata bernilai RM170,000.

Bercakap tentang komen yang dia terima kerana mempromosikan syarikat judi, influencer itu memberikan amaran kepada netizen agar berhati hati dalam memberikan komen kerana semua itu akan dihitung di akhirat kelak katanya kepada Mstar Online.

Nurin berkata: “Nak tegur tu tak salah, tetapi ada caranya. Jangan guna kata kata makian sehingga kita yang menegur ni pula melangkah ke neraka.”

“Jangan judge kalau nampak orang buat jahat. Kita tak tahu pengakhiran setiap orang macam mana.”

Lalu dia menasihati netizen agar menasihati dan menegur dengan cara elok.

“Kalau tak jalan juga, doakanlah saja. Yang penting tugas kita untuk tegur dan selesai, kalau kita memaki, kita pun berdosa,” tambah influencer yang berimpian mahu memiliki produknya sendiri selepas ini.