Sebelum ini heboh kisah seorang influencer yang berjaya membeli kereta Mercedez idamannya, rupanya mempromosi syarikat judi online haram.
Influencer yang bernama @nurinlofa itu mengakui dia ada menerima bayaran untuk mempromosi laman judi namun menafikan dia menggunakan wang itu untuk membeli kereta. Dia mengasingkan sumber wangnya untuk membeli kereta.
Baca Juga:
- Akui Buat Paid Review Laman Judi, Influencer Beli Mercedez Cash Ketika Berusia 19 Tahun Ini Dah Kena Cekup?
- Kaka Azraff Buatkan Influencer Pro Israel Koyak
- ‘Influencer’ Di China Untung RM60 Juta Seminggu Dengan Hanya Buat ‘Review’ Selama 3 Saat
Tidak lama selepas itu PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa influencer dan kru penerbitannya telah ditahan untuk siasatan polis selepas 38 laporan polis dibuat ke atas mereka.
Kini laman yang sama mendedahkan tentang Nurin Lofa mendedahkan beberapa lagi influencer Malaysia yang terlibat mempromosi laman judi haram.
Influencers lain yang terjebak dengan MZPlay pic.twitter.com/PbTAbtHPiE
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) December 4, 2023
Pertamanya ialah @suekhaizar
Influencers promote judi Winbox dan MZPlay pic.twitter.com/t3mr9oViG0
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) December 4, 2023
Kemudian ada juga @bellatrisyiaaa yang dipercayai terlibat dalam promosi tersebut.
Seorang influencer lelaki yang banyak memuat konten berkaitan motosikal, @khairulacq juga dikatakan terlibat dalam promosi judi online.
@nfatennn yang ada 205k pengikut menggunakan pengaruhnya untuk mengaja orang menyertai judi.
Dengan jumlah pengikut lebih 40k, @princesssalesya dengan berani meletakkan nama syarikat judi dengan motto, platform permainan slot terbaik.
Kemudian influencer @theaqil7 juga dikatakan ada kaitan dengan menerima job untuk promosi syarikat judi.
Ada yang terang terangan menyebut bahawa mereka sendiri terlibat dalam judi haram itu.
Dia sendiri mengaku berbelanja hasil judi MZPlay pic.twitter.com/Lwb76KjSoK
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) December 4, 2023
Senarai tersebut menjadi lebih panjang:
Netizen turut berkongsi beberapa lagi influencer yang berkerjasama mempromosikan judi.
Nah aku topup selaku pemerhati sekian lama pic.twitter.com/kqWWXMZm1A
— 𖤐 TRVE ONE 𖤐 (@jehaelninobola) December 4, 2023
Ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang dianggap bersekongkol dengan perbuatan haram yang juga boleh merosakkan masyarakat sehingga melahirkan lebih ramai yang ketagih judi.
Mereka juga dianggap telah salah guna pengaruh mereka dengan mempengaruhi pengikut ke arah keburukan dan dosa.