Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal SC cipta rekod dunia apabila mencatat 28 kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Al-Ittihad 2-0 untuk mara ke suku akhir saingan AFC Champions League (ACL), semalam.
Skuad bimbingan Jorge Jesus itu mengatasi rekod 27 kemenangan berturut-turut dilakar juara Liga Perdana Wales, The New Saints (TNS) untuk musim 2016-17.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
TNS mengatasi rekod selama 44 tahun dipegang Ajax Amsterdam menerusi 26 kemenangan berturut-turut.
“Ini memang pencapaian menakjubkan dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang di kelab ini yang memainkan peranan untuk rekod kemenangan ini,” kata Jesus.
“Bagaimanapun, seperti yang saya sentiasa katakan, rekod tidak begitu penting berbanding trofi.
“Terpulang kepada semua orang di Al Hilal untuk memastikan kami menamatkan musim sebagai juara Liga Saudi Roshn dan mencapai sasaran dalam pertandingan merebut piala. Selepas itu, barulah kami boleh meraikannya.”
🔵🇸🇦 Al Hilal are the first team ever to complete 28 consecutive wins!
Congrats on this historical achievement, Al Hilal ✨ pic.twitter.com/TWT9esaPwf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 12, 2024
Al Hilal juga menghuni kedudukan teratas Liga Pro Saudi dengan 65 mata selepas meraih 21 kemenangan tanpa kalah. Manakala kelab yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo iaitu Al Nassr berada di tangga kedua, 12 mata di belakang Al Hilal.
Mereka berpeluang meneruskan rekod kemenangan itu apabila melayan kunjungan Damac pada aksi liga, Sabtu ini.
Al-Hilal yang muncul naib juara pada ACL edisi 2022 akan berdepan Al-Ain di separuh akhir. Al Ain telah mengejutkan Al Nassr di peringkat suku akhir sekaligus memusnahkan harapan Ronaldo untuk beraksi di final.