Karim Benzema berdepan masa depan tidak menentu di Al Hilal selepas kelab gergasi Arab Saudi itu dilaporkan mahu melepaskan penyerang berusia 38 tahun berkenaan.
Benzema menyertai Al Hilal pada Februari lalu secara percuma daripada Al Ittihad dengan kontrak sehingga 30 Jun 2027.
Perpindahan itu agak kontroversi, bukan sahaja kepada penyokong Al Ittihad, malah turut dikritik oleh Cristiano Ronaldo sendiri yang melancarkan mogok pada masa itu.
Ketika Benzema menyertai Al Hilal, mereka di puncak liga di atas Al Nassr.
Benzema mencatatkan sembilan gol dalam 13 penampilan bersama Al Hilal, namun kelab itu gagal mempertahankan kejuaraan Saudi Pro League dan turut terkandas dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Al Hilal bagaimanapun berjaya memenangi King’s Cup.
Tetapi kegagalan memenangi Liga Pro Saudi musim lalu dianggap antara faktor penting membuatkan kelab kurang berpuas hati dengan Benzema.
Menurut laporan, Al Hilal kini mahu mengosongkan ruang gaji dan kuota pemain asing bagi memperkuatkan skuad mereka.
Situasi itu menjadi lebih rumit kerana Benzema masih mempunyai kontrak sehingga 2027 dan tidak mahu meninggalkan kelab berkenaan tanpa menerima bayaran penuh bagi baki kontraknya.
Struktur kontrak Benzema juga dikatakan kompleks kerana sebahagian pembayaran melibatkan Liga Saudi dan pihak kerajaan menerusi Public Investment Fund.
Hubungan Benzema dengan ketua jurulatih, Simone Inzaghi, turut menjadi perhatian.
Benzema dilaporkan kurang selesa dengan peranan yang diberikan Inzaghi, yang mahu beliau lebih banyak beroperasi sebagai penyerang dalam kotak penalti.
Bekas penyerang Real Madrid itu sebelum ini lebih bebas untuk turun ke tengah, menghubungkan permainan dan mencipta peluang.
Ketegangan dilaporkan meningkat selepas Benzema menunjukkan reaksi tidak berpuas hati ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Al Faisaly.
Karim Benzema 🇫🇷 était FURIEUX sur le banc de touche après son remplacement… 😳
Il a été buteur d’ailleurs ce soir ! pic.twitter.com/zfV8nkmUdp https://t.co/xvrXxusBtQ
— SPL 🇸🇦 (@ActuSPL) August 14, 2026
Walaupun terdapat laporan Al Hilal mahu menamatkan kontraknya, sumber yang rapat dengan Benzema mendakwa pemain itu tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan kelab berkenaan.
Al Hilal juga dilaporkan mahu Benzema kembali ke Al Ittihad.
Dalam perkembangan sama, Al Hilal dikatakan sedang berusaha mendapatkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins, yang berpotensi menjadi pengganti Benzema.
Jika rundingan itu berhasil, masa depan Benzema di Al Hilal mungkin akan ditentukan dalam tempoh terdekat.
Benzema pada masa yang sama menuntut bayaran gaji penuh untuk baki kontraknya jika kelab mahu mejualnya ke kelab lain atau menamatkan kontraknya.
🚨🚨 KARIM BENZEMA 🇫🇷 (38 ans) DEVRAIT QUITTER AL-HILAL CET ÉTÉ ET SIGNER LIBRE OÙ IL LE SOUHAITE !!!! 👋
Le club saoudien souhaite s’en séparer et piste déjà de potentiels remplaçants (accord trouvé avec Ollie Watkins 🏴) mais…
CE SERA TRÈS COMPLIQUÉ DE LE FAIRE PARTIR ! 👇… pic.twitter.com/iowZViHbWV
— Actu Foot (@ActuFoot_) August 17, 2026